Masalah Orang Melayu Hari Ini - Prof Ramlah Adam
"Bercakap soal sejarah ini mencabar saya punya profesionalism
sebenarnya, bila ada orang kata sejarah tak guna. Ada yang persoalkan
nak buat apa kita belajar sejarah benda yang dah lama? Inilah masalah
kita orang Melayu!
Orang Melayu dah lemas! dan rasa macam nak
tenggelam dah, tapi bagi orang yang panjang akal, sebenarnya apabila
kita nak tenggelam, tong sebiji pun kita boleh pegang, untung-untung kita
sampai ke pantai. Bukan?
Jadi, sejarah bagi saya sangat penting,
sebab pertama sekali macam saya cakap tadi, saya dah umur 64, sejarah
yang dipelajari sejak kecil tidak pernah berubah. Tetapi apa yang
'mereka' yang nak ubah fakta sejarah ni cuba lakukan sebenarnya?
Item yang pertama, sekarang mereka kacau Islam. Dulu kacau BPN, sampai
BPN jadi lembik tak boleh buat apa sangat. Pergi sini tak boleh, pergi
sana tak boleh. Kita cakap pun 'surface'. Takut nak bangkitkan soal
sejarah, takut nak bangkitkan soal warisan.
Bagi saya, sejarah
ini sangat penting oleh sebab itulah mereka cuba membuang apa yang kita
sedang belajar ini, dikata tak releven, emosional terlalu pentingkan
Melayu, terlalu pentingkan soal-soal lama untuk orang Melayu saja.
Saya Timbalan Pengerusi untuk mengkaji Syllabus sejarah dan baru selesai tahun sudah, 2013. Tan Sri Omar Hashim pengerusinya.
Contoh 1
Seorang budak cina di Sabah, dia bangun mengatakan bahawa, saya tak nak
belajar sejarah, semua pasal orang Melayu. Apa pasal orang Melayu
istimewa? Itulah yang dicakap oleh seorang budak Tingkatan 1, baru 13
tahun tapi bapanya seorang arkitek dan bapanyalah yang sentiasa masukkan
dalam kepalanya bahawa sejarah ini tidak adil. Ini sejarah tentang
Melayu. Tentang orang bukan Melayu terlalu sedikit, tentang bumiputera
terlalu sedikit. Itulah yang dibangkitkan.
Contoh 2
Sama juga
dengan seorang pemuda Melayu liberal yang beranggapan, a'ah apa pasal
kita nak belajar sejarah? Dikatakan Malaysia, semua orang mesti sama
rata, sama rasa, jadi tak mahu sejarah, kita nak mula sejarah pada tahun
1963.
Mahu? Bacol! kalau kita biarkan keadaan itu berlaku. Jadi
jangan sekali-kali kata sampai bila kita nak bergantung kepada sejarah, jika
tak ada sejarah tuan puan, kita tak akan ada satu status, stay tune
untuk menyatakan bahawa ini adalah tanah air kita, kalau kita tak pakai
sejarah!
Dah lah mahkamah tu asyik berdolak dalih, mahkamah pun
satu lagi hal, bagi sangat banyak kuasa pada mahkamah, hari ini mereka
buat intrepetasi ikut hakim yang ada. Keputusan yang dibuat boleh
meranapkan satu negara. Betul?
Itu sebabnya kadang-kadang saya tak
setuju, tiba-tiba kita terlalu mengikut cakap orang. Buang semua akta yang
telah menyelamatkan kita ( nada sinis ) berpuluh-puluh tahun sejak kita
merdeka, lebih 50 tahun, betul? tapi kita masih lagi hilang 7 kerusi
dapat 133 saja, bukan dapat 140 macam zaman Pak Lah.
Pak Lah
orang kata tak betul, dapat 140. Maknanya Tuan Puan, jangan salahkan
sejarah ( akta yang dah ditulis, tak perlu nak ubah itu ini, padam itu
ini ) tapi salahkan diri sendiri yang hari ini dayus dan bengong! Orang
Melayu terlalu takut nak bertegas, terlalu berpolitik, kita sentiasa bertolok ansur.
Jangan sampai kita terlepas lagi. Ingat balik! zaman Tunku Abdul
Rahman, kenapa Dato Onn keluar dari UMNO? Sebab nak buka UMNO kepada
semua kaum. Orang Melayu tak setuju, kerana takut UMNO dikongsi orang
lain.
Dato Onn kata kena buka sebab kalau biar, mereka tubuh
parti lain, mereka akan menjadi lebih kuat dan akan melawan UMNO sebagai
satu. Betul! MCA, dan MIC bila tuntut jus soli (http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Jus_soli)
, UMNO tak boleh buat apa-apa tuan puan, 2 lawan 1. UMNO satu suara, MCA
dan MIC nak jus soli, Tunku Abdul Rahman terpaksa lepaskan.
Orang
Melayu selalu terlupa prinsip, kita nak merdeka tapi kerakyatan kita
buka kepada semua orang tanpa mak bapak rakyat sini, orang Melayu
terlalu mabuk nak merdeka sehingga menggadaikan kerakyatan, yang pada
hari ini mempunyai kedudukan kuasa sama rata dan zuriat inilah yang
sekarang ini yang menjadi kurang ajar ni!
Mereka dah dapat
kewarganegaraan! mereka biar Melayu merdeka, dulu mereka tak dapat
warganegara mereka jadi komunis, lawan askar Melayu, Home Guard. British
yang campur tangan.
SKJC sampai hari ini kekal. Betul? Salah
siapa? kerana ada seorang menteri, yang sekarang ini jadi pembangkang,
dialah yang menghapuskan kuasa Agong, pinda SJK, masa jadi Menteri
Pelajaran, benda itu diubah oleh dia!
Bila saya baca
Perlembagaan bererti saya baca kelemahan pemimpin-kelemahan kita, sebab kelemahan
inilah orang ambil kesempatan sebab Melayu ini malu-malu alah. Nak
cakap segan, tak cakap rasa bersalah. Tapi tak cakap-cakap juga.
Tapi
kalau cakap belakang, tikam belakang ( bukan main belakang, lain
maksudnya tu ) cas keting, nombor satu! itulah gunanya sejarah, supaya
kita jadikan peringatan agar apa yang kita dah hilang, silap, jangan
berlaku lagi.
Kita jangan lantik pemimpin yang pandai bercakap
takut nak bertindak. Jangan lupa sejarah, lupa benda-benda yang lama, seperti
memberi kewarganegaraan sama rata. Pasal itu hari ini zuriatnya tak
hormat Raja-raja.
Orang Melayu yang tak sedar diri pulak, dalam
facebook dan twitter pergi sokong kenyataan-kenyataan yang menghina Raja dan
agama Islam. Bergaduh sesama sendiri tanpa sesuatu prinsip kukuh untuk
berbuat demikian. Salah siapa?
Jadi sejarah tak perlu ditukar,
tapi dipelajari supaya tak buat silap. Sejarahlah yang memberitahu kita
bahawa inilah negeri kita, kita kongsi dengan orang-orang lain, raja-raja kita
adalah pemerintah.
Di Perak misalnya ada Beruas, Gangga Negara,
kerajaan Dinding, Grik, Lenggong, Perak Man, di sana kita ada tradisi
tamadun yang membuktikan bahawa ini negara orang Melayu. Sekiranya kita
tiba-tiba nak tulis sejarah bermula dari penubuhan Malaysia, habis kita
datang dan lahir dari mana? Buloh Betong?!"
Tugas Orang Melayu Hari Ini
"Kena pegang sejarah, kalau orang-orang muda, orang-orang tua pada hari ini tidak
faham sejarah dan tidak boleh atau tidak mampu untuk menerangkan kenapa
kita orang Melayu mesti menjadi Perdana Menteri, walaupun dalam
Perlembagaan telah ditulis, tetapi itu adalah suatu sosial kontrak yang
telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin kita dahulu.
Pemimpin negeri adalah
Sultan dan pemimpin negara adalah Agong yang diambil dari kalangan
Sultan-sultan untuk menjadi ketua negara, tetapi tiap-tiap negeri ada autonomi
yang mereka telah setuju sejak 1948 lagi, bila tertubuhnya Persekutuan
Tanah Melayu.
Ini bermakna perkataan Melayu ini datang bersama
sejarah satu tamadun yang panjang dan tugas orang Melayu pada hari ini
adalah menerangkan, menceritakan, dan menterjemahkan rasa taat setia dan
cinta kepada negara ini kerana sejarah dan warisan kita pada hari ini
adalah siapa kita.
Apa pun orang kata, tentang Melayu, Melayu ini
pendatang dan sebagainya, baca buku! Cari maklumat dan selepas itu
terangkan kepada mereka maklumat ini supaya kita jangan emosional, kita
jangan dikatakan sebagai orang-orang yang tidak ada tamadun. Kita lawan
dengan fakta!"
Sebahagian ucapan penting
-Prof Ramlah Adam
(25/1/2014)

No comments:
Post a Comment